Haa tajuk dia ni menunjukkan macam aku ni budak sport kan? Hakikatnye TIDAK haha malahan aku ni adalah seorang pelajar yang koko-nye agak tidak menyerlah. Fuhh lega dapat terus terang -_-' Sempena dengan latihan road run yg bakal dijalankan pd 13 Januari ini, saya berazam untuk melibatkan diri sepenuhnye, no ponteng-ponteng. Lagi pun nak lah jugak kan menyumbang markah untuk rumah Syahbandar (Biru) Jangan salah fhm, bukan tak pernah menyumbang ape-ape tapi tahun ni nak lebih aktif. Lagipun time ni lah kan nak kurangkan berat bdn dr 43 to 40kg! Haha oleh itu awal pagi-pagi td saya telah mengajak abah dgn umi pg alamanda! Haha seluar track amik sampai 2. Tapi mcm tak cukup kan? Hah nanti nak kena beli lagi (Sorry abah sbb habiskan duit abah, tp setahun sekali jeh kan? Hehe) Pastu cari kasut sukan taw, ada colour pink hitam! Pergh menawan gile haha tp sayang beribu sayang takde saiz pulak :( Time ni lah rasa ada batu yg menghempap kepale ku. Size yang ada cume 3-5. Adoi aku pulak size 6 kan, nasib abah tau tau je aku obses dgn kasut tu, so die janji esok nak pergi IOI and Sunway cr kasut tu. Terima kasih abah (: Ha pastu td pergi Alamanda terserempak gn Bani (kecoh pulak aku ni kan aha) So dgn adanya kasut gn seluar baru (yang tiap tahun aku beli kan) harap tahun ni aku mampu lari mcm Superman haha kalau tak nanti buat segan jeh, tapi kena check dgn doctor dulu lah tengok sama ada boleh lari atau tak. Akhir kata, majulah sukan untuk negara - ehem ada macam PM tak? :D Oh yea, raptai road run bakal dijalankan pada 23Januari manakala acara yg sebenarnya dijadualkan berlangsung pada 29Januari. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai datang dan memberikan kerjasama. Lupe nak cakap, time tu nak bwk phone so that i can otp dgn Ahmad Fareez, ha boleh call abah kan kacau-kacau hehe. Dengar kate road run ni adalah dlm 2-3 km, omggg! Haha harap-harap lah aku mampu lari kan, amin. Dengan ini, saya ingin sertakan tips-tips berlari yg betol (rasenyelah, ni saya reka je. sbb cr kat internet takde pulak haisy) Harap tips ni berkesan :
1. Berlari secara konsisten dan kurangkan bercakap
2. Banyakkan meminum air masak supaya membantu penghadaman, sekiranya ada, minumlah mineral water (penutup botol warna hijau @ biru), ianya mengandungi oksigen. Manakala yg berpenutup putih ialah drinking water - sama taraf dgn air masak.
3. Sekiranya takod ketinggalan, bawaklah mp3 or handphone (ni lah yg saya akan buat memandangkan saya amat lemah dlm larian, dngr lagu sambil lari lebih seronok kot)
4. Dapatkan bantuan daripada ahli BSSM sekiranya anda mempunyai masalah atau mengalami kekejangan otot.
5. Selepas larian jangan terus duduk, sebaliknya berdirilah selama 5-10 minit dahulu.
6. Wajah yg dibanjiri peluh (agak cool kan ayat ni? haha) janganlah dibasuh kerana akan meninggalkan kesan yg dipanggil panau.

