Tuesday, June 29, 2010

Lost In My Own World

I cannot accept the fact that I'm losing you. Right under my eyes, you've made your own way to Arau, Perlis. Please come back 'cause my life is dull and soo not colourful without you my baby! Thanks for the bag, it reminds me on you everytime I use it. Thanks for the memories that helps me smile and laugh everytime I think bout it (: Keep on texting me cause I miss you so much and I swear that I need you. Hope to see you in December.

I realised that I've been wasting my time playing all this while. Sedar-sedar result ku sangat hancur dan menyegankan! Hari Ibu Bapa yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah diumumkan tarikhnya. Pheww lucky that my mom wont attend it ;p HAHA. SPM tinggal lagi berape bulan. Kang bulan puasa penat, sebulan tak belajar haa amik. Raya sebok kutip raya tak belajar lagi. Bilalah nak belajar ye? Kena ke tusyen sebab malas yang amat kalau belajar sorang kat rumah. Doakan lah diri ini tak lalai dengan segala keseronokan di sekolah. Amin.

*Merajuk dengan Abah. Ada ke nak pakai inai pun tak bagi :'( Tak pernah dapat pakai inai. Sedih yang amat bile tengok Zue, Nuri and Leeza dapat pakai. Tinggal saya dengan Ziema je yang tak dapat pakai. Masing-masing sebab AYAH TAK KASI! Sebab nak ubati perasaaan sedih, tolong gak Leeza lap inai tadi. Dapat lap pun jadilah. Pakai tak boleh en. Haisy -.-

Monday, June 21, 2010

Pulau Helang

This holidays, my family and I went to Pulau Langkawi. Dahlah kena naek feri dah Kuala Perlis, tambah dengan keadaan yang mabuk laut (serta mabuk darat) lagi lah susah. Naek feri untuk ke PL mengambil masa 50 min. Sampai je, teros pegi check in kat hotel Grand Continental. Laen kali plan lah lewat-lewat lagi, boleh lah dudok hotel yang tak best tu -.- Hari pertama kiteorang tak pergi mana pun, pergi pantai je makan rojak. Pergh bab makan tu yang tak boleh tahan tu, naek 1 kg weh! Bangga :D

*Nampak tak? Pale die yang kanan tu, then macam ada perut orang ngandung*

Second day, kiteorang ikut rombongan Islands Hopping. 1 bot ada 12 orang termasuk pemandu die. Destinasi pertama mestilah tempat yang "agak femes" iaitu Pulau Dayang Bunting. Memang betol macam orang mengandung oh pulau tu. Tapi pening lah, nape Dayang? Nape tak Siti? Milah ke? Haa? Kat pulau tu banyak monyet. Our dad learnt his lessons untuk mendengar cakap kiteorang. Orang dah ckp jgn bawak makanan, tinggal je dalam bot, kang kena kejar dengan monyet tapi tamau dengar. Jadi nya die kena kerumun dengan monyet haha. Then Salina and I naek paddle boat. Bajet macam power tapi apa yang kiteorang lakukan hanyalah berpusing disekeliling tempat kiteorang. Yang paling pro lah kiteorang boleh buat ialah reverse! Memang power weh, kejap-kejap reverse. HAHA. Abah, along dengan Adilla naek solar boat, jadi dorang tapayah kayuh bagai. Then pergi bagi ikan makan. Huish ganas-ganas. I tengok jelah sebab bau makanan die macam pelik, geli kot pegang. Nanti nak basuh tangan lagi. Paling boring pergi tengok helang. Kate je Eagle Feeding tapi dudok tengok je. Serupa tapayah pergi kan. Then pergi Pulau Beras Basah. Pantai die punya pasir gile lembutt, sumpah syok. Tapi yang tak syok makanan macam mahal lah.


The third day, kiteorang shopping shopping and shopping, heaven betul (: Petang tu teman abah yang teringin sangat nak naek jet ski. Pastu die bangga lah sebab ski yang die naek tu, die orang pertama naek. Kira rasmi lah ea? Kang angah ukir tepi ski tu ea? Kite tulis "Azman Yusof orang pertama rasmi!" HAHA. Pastu waktu abah bawak Salina dan Adilla dorang macam kena lambung ombak tau, jadi semua jatuh dalam laut. Adilla dah tercungap-cungap. Nasib selamat haisy. Yang paling heaven kat PL, MESTILAH BAB COKLAT! Murah weh. Jadi semua orang borong macam tak ingat dunia haha.

*Enjoy the view ;p*

Happy Belated Birthday to Imran, Zulaikha, Cikgu Aidal, Azimah and Ain Azierah! Love you so much. Enjoy being old people. Tinggal aku dengan Nuri je yang masih muda sobs LOL. Kopak duet cari hadiah tauuu!

Tuesday, June 8, 2010

A day with Nik

I had a wonderful time today cause I met Nik Nor Ishahani. Gosh, I miss her so much! Expecially lawak bodoh die, she hasn't change at all. Bengong-bengong gak. Dahlah kena bahan dengan Faidi tadi --' Shit malu gile kot, boleh perasan lah. Pape pun, best sebab makan banyak. Ada sambal sotong, ayam paprik, tomyam campur dengan kailan ikan masin. Gile sedap, lepas tu makan kek lagi. Faidi bahan je tengok orang makan banyak. Die cakap "Aku terkejut tengok kau, makan banyak tapi badan sekeping" Hahah biarlah janji happy. Apepun, happy gile jumpa korang. Thanks for making me laugh <3 Tapi bab bahan-bahan aku tak suke haha.

Sunday, June 6, 2010

Sunshine

She was born on 30 Jan 2005. Name die Nurul Ezzah Adilla. She is our sunshine, our moon, our gemok, our masam and our BABY. Die suke merapu. Bagi yang pernah jumpa die mesti kate die comel padahal saya lagi comel *sigh* Haha. Die tak suke mencarut macam kakak-kakak die. Die asyik gune perkataan "saya" dan "awak", well she's well mannered. Not like her second sister yang mengada ;p Just now I opened Hanis's blog, and she's been story about budak tembam. So nak jugak lah story pasal my Adilla, atau panggilan manja I bagi kat die, "Mahsyam" sebab die walaupun baru lepas mandi, setengah jam kemudian akan berbau masam. Mahsyam, awak jangan marah tau, kan awak sayang saya *blinkblink*

She is our model. Kalau jumpa baju untuk baby yang comel-comel, mesti beli kat die. Yelah kami semua dah besar, mana muat dah *sobs* Rambut die laen dari yang laen, die kerenting. Ikod abah kot, sebab abah je yang kerinting, tapi dulu lah, sekarang abah punya rambut dah straight, ehem rebonding ke abah? Rahsia abah men'straight'kan rambut tidak diketahui kerana tersimpan di lubuk hati nya. Puitis sungguh :')


Gambar abah aka Jeneral Garang Misai Panjang kat atas ni, versi botak. Haih agak-agak abah marah tak ea saya pamer gambar die? Muke time ni tak handsome haha. Abah paling manjakan Adilla dalam ramai-ramai sebab die paling kecik. Walaupun begitu, kadang-kadang Adilla kalah sampai angkat bendera putih kerana kalah kepada saya! Al maklum, saya paling manja dan mengada *winkwink* What to say? Hahah. Adilla selalu dapat barang best, sebab die ngade-ngade. Die selalu beli Jibitz kat Crocs sampai penuh kat kasut Hello Kitty die.

Adilla suke swimming walau die tak pandai berenang! Tapi die berani, dan gagah perkasa macam Badang. Die tak suke pergi sekolah, selalu cari alasan. Alasan paling lapuk "Saya selesema lah, macam tak larat je nak pergi sekolah" ataupun "Cikgu Aty gemok! Saya tak suke die sebab die garang. Saya suke Cikgu Izzah" Haaa mengada kan? Dan kalau hantar pergi sekolah Adilla mesti akan cakap "Abah jangan lupa amik cepat ye. Abah bawak laju tau! Macam zommm zoomm" Tak percaya? Tanya Salina. Adilla tong DBKL kami, die suka habiskan makanan kiteorang. Sebab tu die buncet sama macam abah dan saya =.= Ape je yang kiteorang makan, die makan! Macam spageti, die tak suke sos, die makan spageti sahaja.

Paling best tentang Adilla, die ringan tulang menyebabkan saya jadi berat tulang. Suke mintak tolong die tolong amikkan air, tisu, suruh die pergi sana sini. Heheh. Die pun ikod je sebab abah kata "Angah kan besar, Adilla tak boleh marah angah" Die takod dengan abah sebab abah garang, tapi most of the time, abah baek lah, terutama dengan Adilla. Adilla suke shopping! Paling banyak shopping bajulah, memang keturunan umi kan kite semua ni? :') Baju die banyak sampai saya naek jeles, yelah baju budak-budak semua lawa-lawa.

Kini Adilla mencecah 5tahun, tahun depan dah 6. Tapi Adilla still pakai pampers. Time tidur jelah. Saiz pampersnya mencecah kepada XXL! Nasib baik lah jenama Huggies memperuntukkan saiz yang begitu besar. Macam memahami Adilla je kan? Yang jadi mangsa pakai pampers semestinya Along. Kalau along kat UiTM, selalu nya saya lah. Sedihnya, macam ibu ibu je haha. Nasib Adilla tak minum susu dah, die stop minum time umur 4 tahun. Tu pun selepas kami sorok botol dan kate "Botol awak hilang lah, monyet curi kot" Susu dah lah mahal, susu soya jenama Isomil. Adilla alah susu lembu dari kecik, sadis sungguh. Dan walaupun Adilla semakin membesar, die tetap baby kami, sebab die lah yang paling kecik :)

Friday, June 4, 2010

Jerawat

Sila perhatikan betul-betul dengan teliti dan anda akan menjumpai jerawat yang gatai tumbuh di dahiku =.=' Bencibencibenci menyampahmenyampahmenyampah!
Happy Holiday! Love ya all XOXOX.

Exam Is Over!

Yahoo! Syok gila bila loceng 12.30 bunyi! Tapi yang sucks tu bila paper 2 akaun, SUMPAH SUSAH! Dapat je kertas pergi tulis number ic, number giliran then maen snuker (: Sangat susah, tatau mau jawab ape. Acap dengan Azimah pun cakap ICT susah. Jadi berboraklah dengan dorang berdua. Maen tukar-tukar kasut, sembunyi kasut Azimah yang tak basuh 2 minggu. Haha. Bajet-bajet baca paper. Then tengok kerenah kawan-kawan yang laen. Zue tekun, Nuri kejap-kejap toleh belakang. Ha sape suruh duduk depan sangat. Azimah maen snuker je tau. 

Jadi cuti ni nak buat ape? Tidur lambat, tengok tv puas-puas, bangun lambat, makan makan dan makan (nak ganti puasa 7 hari =.='), bercuti, membeli-belah, dan kacau Adilla yang masam. Perfect! HAHA. Then holiday is finally arrive, tapi kerja rumah menimbun. Add Math ada projek pulak. Index number, kena bandingkan harga barang-barang di 3 buah pasar raya. Nak pilih ape eh? Haa Hero kot, dekat sikit. Yang lagi 2, Giant dengan Tesco. Haha. Sape nak join aku jadi mak cik kat Tesco dengan Giant, gimme a call! ;p 

Dan di kesempatan ni, nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua manusia yang bergelar pelajar. Haha. Korang jangan lupa kat aku tau, rajin-rajinlah sms macam Zue. Huisy Zue tu peminat setia aku, ada je sms. Tu yang sayang sangat kat Zue ;p (Bodek ni, sambal goreng takde? HAHA gurau) Haleeza busy dengan training kat Rakan Muda, sampai sakit-sakit. Rindu kat Haleeza :( Ada masa nak kuar dengan korang ok. Kang aku pergi Langkawi, aku beli pape ok. Nanti pos kat korang, yelah kang takod tak sempat jumpa (: Sorry for all my mistake towards you people, terutama Azimah yang kena pelangkung hari tu. Laen kali ejek-ejek lagi ye, bolehlah tangan ku di dagu mu! :D

Till we meet again XOXO.
----- Countdown to 26 June 2010 -----