Monday, June 21, 2010

Pulau Helang

This holidays, my family and I went to Pulau Langkawi. Dahlah kena naek feri dah Kuala Perlis, tambah dengan keadaan yang mabuk laut (serta mabuk darat) lagi lah susah. Naek feri untuk ke PL mengambil masa 50 min. Sampai je, teros pegi check in kat hotel Grand Continental. Laen kali plan lah lewat-lewat lagi, boleh lah dudok hotel yang tak best tu -.- Hari pertama kiteorang tak pergi mana pun, pergi pantai je makan rojak. Pergh bab makan tu yang tak boleh tahan tu, naek 1 kg weh! Bangga :D

*Nampak tak? Pale die yang kanan tu, then macam ada perut orang ngandung*

Second day, kiteorang ikut rombongan Islands Hopping. 1 bot ada 12 orang termasuk pemandu die. Destinasi pertama mestilah tempat yang "agak femes" iaitu Pulau Dayang Bunting. Memang betol macam orang mengandung oh pulau tu. Tapi pening lah, nape Dayang? Nape tak Siti? Milah ke? Haa? Kat pulau tu banyak monyet. Our dad learnt his lessons untuk mendengar cakap kiteorang. Orang dah ckp jgn bawak makanan, tinggal je dalam bot, kang kena kejar dengan monyet tapi tamau dengar. Jadi nya die kena kerumun dengan monyet haha. Then Salina and I naek paddle boat. Bajet macam power tapi apa yang kiteorang lakukan hanyalah berpusing disekeliling tempat kiteorang. Yang paling pro lah kiteorang boleh buat ialah reverse! Memang power weh, kejap-kejap reverse. HAHA. Abah, along dengan Adilla naek solar boat, jadi dorang tapayah kayuh bagai. Then pergi bagi ikan makan. Huish ganas-ganas. I tengok jelah sebab bau makanan die macam pelik, geli kot pegang. Nanti nak basuh tangan lagi. Paling boring pergi tengok helang. Kate je Eagle Feeding tapi dudok tengok je. Serupa tapayah pergi kan. Then pergi Pulau Beras Basah. Pantai die punya pasir gile lembutt, sumpah syok. Tapi yang tak syok makanan macam mahal lah.


The third day, kiteorang shopping shopping and shopping, heaven betul (: Petang tu teman abah yang teringin sangat nak naek jet ski. Pastu die bangga lah sebab ski yang die naek tu, die orang pertama naek. Kira rasmi lah ea? Kang angah ukir tepi ski tu ea? Kite tulis "Azman Yusof orang pertama rasmi!" HAHA. Pastu waktu abah bawak Salina dan Adilla dorang macam kena lambung ombak tau, jadi semua jatuh dalam laut. Adilla dah tercungap-cungap. Nasib selamat haisy. Yang paling heaven kat PL, MESTILAH BAB COKLAT! Murah weh. Jadi semua orang borong macam tak ingat dunia haha.

*Enjoy the view ;p*

Happy Belated Birthday to Imran, Zulaikha, Cikgu Aidal, Azimah and Ain Azierah! Love you so much. Enjoy being old people. Tinggal aku dengan Nuri je yang masih muda sobs LOL. Kopak duet cari hadiah tauuu!

0 comments: