Sunday, May 30, 2010

Ragam Manusia

Assalamualaikum. Ha tengok transformasi diri, dulu Hye hye, Hoi hoi, sekarang dah baek. Dah pandai puji diri sendiri, al maklum takde orang sudi puji ngeheheh. Seperti yang semua sedia maklum, dah lama lah jugak saya tak update benda alah ni kan. Sumpah rindu. Tapi nak buat macam mana, name pun exam. Dengan study last minute, masa membataskan segalanya. Jadi hari minggu ni lah digunakan untuk melepaskan gian! Nak cerita 1001 peristiwa rentetan hidup.

Ape yang best ye? Kalau hari exam ni, panorama pagi-pagi yang kite biasa lihat, orang bace buku, sebok menghafal mana yang sempat, semua sumbat dalam kepala! Ada yang buku teks, buku rujukan yang tebal macam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, yang buku nipis-nipis pun ada, ada yang buat nota sendiri dan tidak ketinggalan yang buat latihan. Ha macam ni lah baru geng dengan saya! :D Pagi-pagi bangun pukul 5, mana yang sempat sumbat je dalam kepala. Study awal-awal takod lupa kan. Yang bestnya, pagi-pagi sepanjang 2 minggu ni, damai je, tak bising pun. Sumpah gila aman lah kawasan sekolah.

Part best kalau exam ni, beg ringan gila! Boleh pakai beg silang. Selalu pakai beg sandang mesti berat semacam dengan buku teks segala. Bila ringan ni, rasa macam budak-budak U pulak haha (OK sumpah bajet) Lepas tu, kelas senyap, sunyi sepi seperti ada upacara perkabungan. Huyoo betul ke eja tu? Tah lantak lah haha. Time exam dok belakang Nuri, depan Omar. Orang belah kiri ialah Wan Zafran Eddin bin Wan Zakaria (perghh semput sebut nama dia) dan di kanan ialah Faizah.

Kalau ada paper yang boring macam X, Y and Z selalunya mesti tidur! Yelah, dapat kertas tidur dulu mana tau dalam mimpi ada petunjuk jawapan haha. Tujuan X, Y dan Z digunakan ialah demi menjaga hati mana-mana pihak. Takod ada yang tersinggung. Ok? Masa paling lama untuk sesetengah paper ialah 2jam30minit, 2jam atau 1jam15minit. Lama kan? Boleh kaku, lumpuh duduk atas kerusi. Kadang-kadang buat hal seperti makan. Ye orang paling handal menyusup makanan, paling muke tembok makan time exam, paling tak takod kena marah dengan cikgu adalah saya! Haha dah lapar kan, makan jelah. Kang kebulur sape susah. Yang peliknya Zue dengan yang lain pulak risau saya kena marah. Alahai baeknya kawan-kawan aku ni (:

Kalau boring kan, taktau nak buat ape, mesti pergi toilet. Betulkan tudung, jalan-jalan pusing-pusing 1 sekolah baru masuk kelas. Syok doe, sebab kawasan sekolah kosong. Takpun maen "iPhone" dengan Zaf. Calling-calling dengan Along yang nun jauh di pintu sana. Hahah. Sekali tengok memang macam orang gila. Tapelah, sape tak kenal kan, 5Sains4 memang gempak dan gila. Kalau Ikhwan ke Imran ke buat lawak best lah, boleh amik kesempatan berborak dengan Nuri. Tak pun dapat tengok aksi gila Azimah pakai tudung macam bibik Indonesia. Dapat tengok Haleeza menconteng white board. Paling baek time exam mesti Zue, sebab dia diam je. Paling bermasalah mesti saya, kepala mesti toleh sana toleh sini sampai nak tertoreh! Takpun saya sibuk dengan misi betulkan tudung selama 20minit sampai Zafran marah "Dah-dahlah weh, penat aku tengok kau" Haha.

Time rehat best jugak. Tapi kiteorang kurang makan lah. Kalau tak mesti nasi lemak, wan tan, a famosa, abc, roti canai, bihun goreng. Kalau time exam semua makan sikit, lepas tu kelek buku sampai ke toilet. Muke-muke nak belajar time akhir memang macam kiteorang ni. Kalau dulu lepak kat kiosk, sekarang dah tak boleh. Masa tak cukup. Dahlah line beratur kat kiosk tu panjang macam orang menunggu nak tengok Brad Pitt. Kalau lambat naek mesti mula exam lambat.

Tu jelah ragam yang dapat dicerita pada post kali ini. Sorry lah tak banyak mengarut. Nuri kate die suke baca blog saya sebab banyak mengarut. Tapi kali ni takde mood. Ada orang tengah menunggu untuk SMS HAHA. Ape-ape pun, harap semuanya menjaga kesihatan diri bersempena dengan wabah A H1N1 yang melanda kita. Take care people <3




Monday, May 24, 2010

AWAY

Ehem korang, korang perasan tak dah 2 minggu saya tak online? Cakap dengan penuh bangga ni! Kerana saya takde masa, saya sebok melepak, saya tidur petang-petang, saya SMS MMS, saya tengok TV, saya kacau orang. Tulah kerja yang saya selama 2minggu. Lepas tu, sekarang saya dah baek, haah musim exam je saya memang jadi baek! HAHA. Ini berlaku kerana faktor takodkan cikgu, takod tak dapat jawab soalan exam, takod bila hari Ibu Bapa nanti mak ayah saya datang DAN SAYA BERADA DI ANGKA 30 KE ATAS! Di mana nak letak muka? Jadi hari ni curi-curi pakai jap kerana iman dah kurang ahah. Oh ya dimaklumkan juga bahawa, mak saya dah selamat pulang ke Malaysia! Eheh rindu gile, pastu dapat banyak coklat (berat badan dah naek ke 42kg! :D BANGGA SIOT) Bila bukak je blogger ni, banyak gila post orang laen yang tak sempat saya bace. Tunggu lagi 2 minggu saya bacelah yee. Ni pun boleh online sekejap je *takod abah jadi incredible hulk ;p Selamat menjalani peperiksaan dan janganlah meniru. HEHE. Sekian saya sudahi blog saya dengan Assalamualaikum *Nik Nor Ishahani pergi umrah Rabu ni, harap dia sehat selalu dan selamat pergi balek. Pasni tak boleh dah nak buat projek kat kau. HAHA. I Love You my Lesbo <33

Tuesday, May 11, 2010

Stop the Time

I'm so deat meat right now. The mid year examination is next week, hell yeah 'cause I haven't do any revision for Form 4. Help me! Eee bila lah anak Azman nak insaf, asyik leka je. Kalau malas macam ni nampak nya besar nanti tanam anggur jelah, dalam erti kata yang lagi moden menganggur. Huyoo tamau oh, buat segan je. Jadi tolong lah sesiapa pun, tolong buat saya insaf! Tolong lah buat saya sedih mengenangkan Syed Pirdaus Mustafa yang makin hari, makin dekat di hati. Makin menjadi sebutan, makin jadi perhatian. Nama itu bukan lah nama anak raja atau tengku mana ye, ianya ialah SPM. Ni kalau ada tahi bintang jatuh, nak mintak masa berhenti, tak pun nak 100A dalam SPM. Gebang je, dahlah subjek I daftar 9 je HAHA. 9 to score baby!

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day

Post ni agak terlewat sehari memandangkan Mother's Day adalah semalam yakni pada 9 May. Semua orang dapat keluar celebrate kan? Kiteorang tak celebrate pun tahun ni, tapi hari Sabtu tu Abah ada beli cupcakes kecik-kecikk, tulis 'Happy Mother's Day' Sumpah kenyang makan. Semalam, pagi-pagi dah bangun, pukul 5.30 pagi. Sebabb.. My mum nak kena pergi airport. Yeah, dengan rasminya semalam my mum dah pergi Umrah selama 2MINGGU dan dijangka pulang pada 23 May, lama nyaaa. Sedih oh, yelah agak lama kot tak berpisah dengan my mum. Last sekali berpisah, last 2 year waktu dia pergi haji dengan abah.

My mum pergi dengan kakak dia, abah tak pergi. Pak lang pun tak pergi. Pagi-pagi dah bertapa dekat KLIA, jumpa Ayman, Ayesha dengan Youssof. Sumpah rindu! Lama tak jumpa. Lepas tu Ayesha ada bagi phone punya aksesori tau, siap tulis 'SUZANA' sumpah lawaa! Sape nak tengok angkat tangan cepat! Eh Nurul Ezzah Suzana, jangan cepat perasan boleh? Takde sape pun nak tengok pftt. OK dah ke laut lah topik ku hari ni.

Bila my mum dah pergi umrah, maknanya 2 minggu lah daku terkapai-kapai! Takde dah orang nak bawak pergi Sunway tiap hari, pergi Giant, makan Pizza, pergi Equine, not to forget Alamanda. Sape nak belanja aiskrim? Adoi fikir kepentingan sendiri jugak. Abah takde lagi, yeay -,- Nasib along cuti semester dari UiTM, so boleh buli die ngeheh. Siapa suruh along baek sangat? (: Jadi mari lah amik kesempatan beramai-ramai.

Pape pun, rindu kat my mum padahal baru sehari beliau pergi. Ya beliau yee ;p 2 minggu cepat lah berlalu, kan kangen dekat ibu ku ini. Happy Mother's Day umi (: I love you for everything you have done for our family. And I really miss you. Oh ya, Adilla keep asking bout my mum. Dia asyik nak menangis, tapi tak berani, dia kan takod dengan abah. Hahah. Tapi dia still kuat makan, selera dia semakin membangun pesat kerana dia lah DBKL keluarga kami! Go Adilla :D Kami bangga sebab anda tak sekeping macam kami yang lain aiceh.

Gambar ini adalah hasil ihsan Nurul Ezzah Salina yang suka maen camera. Dan suka sangat menangkap gambar. Cupcakes asalnya ada 36 pieces, tapi tinggal ni je sebab semua orang makan tak ingat dunia dan lupa kepada kolesterol yang bertepuk tangan melihat kami kalah kepada nafsu makan -,- Ayat apelah aku pakai ni HAHA

Friday, May 7, 2010

I ♥ ADD MATH

Hard to believe that I love ADD MATH. Baru hari ni pintu hati terbuka nak suka subjek tu. Yelahh, AM kan killer subject, susah sangat. Dahlah semalam kena rotan dengan pembaris panjang warna kuning tu. Berbekas 2 jam! Gila pedih :( Hari ni patutnya malas nak datang. Ha tu lah budak-budak zaman sekarang, kena rotan sikit dah malas segala, nak ponteng lah kehkehkeh. Tapi tadi kalau tak datang kang rugi pulak, suka belajar BI ♥ 

Pagi tadi kan, dah malas je nak bangun. Then takod Abah tanya pulak kenapa tak pergi. Takkan nak cakap takod kena rotan sebab tak siap kerja AM. Kang tak pasal-pasal dapat ceramah tazkirah free. Pergi jugak lah, nasib mood cikgu macam baek hari ni. Rotan dia dah nipis, pakai yang kayu punyaa *Dulu mum I pernah beli banyak-banyak rotan macam ni waktu kite orang kecik. 1 orang ada 1 rotann huyoo hebat kan? HAHAH.

Mula-mula tak minat pun nak buat kerja AM, baek sembang dengan Mimi kan. Tapi semua orang tekun je buat. Try buat, tengok-tengok betul pulak jawapan! Huyooo agak bangga weh. Kalau pagi tadi tak datang mesti rugi kan. Alhamdulillah datang gak (: Cikgu tanya ape perasaan dapat cari jawapan? Jawapannya ialah jengjengjeng BANGGA SIAL! Haha pastu rasa macam berlagak sikit heheh. Tapi berlagak pun takde guna, semua orang boleh jawab (: Yeayy 5Sains4 hari ni baek je eceh.

Our Math class went well too. Belajar Probability, sambungan dari Form 4 punya. Senang. Our Physics class hari ni takde, sebab ada program mentor mentee. Kali ni daku tak mudah tertipu dengan kau wahai kertas yang mengandungi markah. Letak nama mum I, tak berani dah letak nama abah. Takod ohh =,=' Kang tak pasal-pasal jadi macam last year, tiap hari tunggu abang posmen datang. Tujuan nak rembat surat tu before abah dapat haha gila kejam. Dah lah tadi buat silly mistake kat bahagian alamat ; No 6, Jangan Bukak 1/7 Haha, nasib cepat perasan. Ok end of storyyy, can't wait for tomorrow! Ada perlawanan futsal.


Tuesday, May 4, 2010

Happy To Say That..

I HAD A WONDERFUL TIME TODAY <3

Thanks for being my partner in crime HAHAH, thanks for the food, thanks for showing me the places where you always 'lepaking' and thanks for you-know-what.

Sunday, May 2, 2010

I'm Impressed

Today is 2nd May, just now when I read the other peoples blog, I found something that attract me. Nak tau tak ape dia? Ok mari ramai-ramai buka mata luas-luas, sebesar yang boleh dan jangan berkelip dalam mase 2minit. Haa you berkelip, out out! HAHA gile kejam. Ok dah ke laut. Sebenarnya I kan followed blog Syarmila Atika. Tetibe tertarik dengan 1 post dia yang berbunyi "The New Of Me". Pada 1 May 2010 yakni semalam lah, hati dia telah terbuka untuk pakai tudung. Tu yang dia tulis. And I'm sure niat dia tulis bukan nak berlagak atau ape, tapi hanya ingin memaklumkan sahaja. Kang ada pulak yang terkejut tengok dia pakai tudung. Macam I tadi dah menganga dah tengok, gila cun! Haha, suddenly teringat waktu kat camp. Malam yang kite tidur sama-sama tu. Nahh, she's a nice girl. Mintak tolong sikit pun dia buat. Mila, maaf tau kalau group kiteorang bising time kat camp dulu. Sian kat dia tersepit antara kiteorang (':

Go on sister, you can do it. Dengan pakai tudung ni, you look more gorgeous. Yaa one more thing, I'll be waiting for more suprise from you sister. Amin. *Kepada sesiapa yang teringin nak tengok adek cun kita ni pakai tudung, boleh layari blog dia di www.ceritacintamila.blogspot.com. Sekian sahaja pada kali ini, jumpa lagi kanak-kanak sekaliann! :D