Post ni agak terlewat sehari memandangkan Mother's Day adalah semalam yakni pada 9 May. Semua orang dapat keluar celebrate kan? Kiteorang tak celebrate pun tahun ni, tapi hari Sabtu tu Abah ada beli cupcakes kecik-kecikk, tulis 'Happy Mother's Day' Sumpah kenyang makan. Semalam, pagi-pagi dah bangun, pukul 5.30 pagi. Sebabb.. My mum nak kena pergi airport. Yeah, dengan rasminya semalam my mum dah pergi Umrah selama 2MINGGU dan dijangka pulang pada 23 May, lama nyaaa. Sedih oh, yelah agak lama kot tak berpisah dengan my mum. Last sekali berpisah, last 2 year waktu dia pergi haji dengan abah.
My mum pergi dengan kakak dia, abah tak pergi. Pak lang pun tak pergi. Pagi-pagi dah bertapa dekat KLIA, jumpa Ayman, Ayesha dengan Youssof. Sumpah rindu! Lama tak jumpa. Lepas tu Ayesha ada bagi phone punya aksesori tau, siap tulis 'SUZANA' sumpah lawaa! Sape nak tengok angkat tangan cepat! Eh Nurul Ezzah Suzana, jangan cepat perasan boleh? Takde sape pun nak tengok pftt. OK dah ke laut lah topik ku hari ni.
Bila my mum dah pergi umrah, maknanya 2 minggu lah daku terkapai-kapai! Takde dah orang nak bawak pergi Sunway tiap hari, pergi Giant, makan Pizza, pergi Equine, not to forget Alamanda. Sape nak belanja aiskrim? Adoi fikir kepentingan sendiri jugak. Abah takde lagi, yeay -,- Nasib along cuti semester dari UiTM, so boleh buli die ngeheh. Siapa suruh along baek sangat? (: Jadi mari lah amik kesempatan beramai-ramai.
Pape pun, rindu kat my mum padahal baru sehari beliau pergi. Ya beliau yee ;p 2 minggu cepat lah berlalu, kan kangen dekat ibu ku ini. Happy Mother's Day umi (: I love you for everything you have done for our family. And I really miss you. Oh ya, Adilla keep asking bout my mum. Dia asyik nak menangis, tapi tak berani, dia kan takod dengan abah. Hahah. Tapi dia still kuat makan, selera dia semakin membangun pesat kerana dia lah DBKL keluarga kami! Go Adilla :D Kami bangga sebab anda tak sekeping macam kami yang lain aiceh.
Gambar ini adalah hasil ihsan Nurul Ezzah Salina yang suka maen camera. Dan suka sangat menangkap gambar. Cupcakes asalnya ada 36 pieces, tapi tinggal ni je sebab semua orang makan tak ingat dunia dan lupa kepada kolesterol yang bertepuk tangan melihat kami kalah kepada nafsu makan -,- Ayat apelah aku pakai ni HAHA


0 comments:
Post a Comment