Monday, January 25, 2010

Etika Berpakaian ke Sekolah

Hari ni kan beberapa kali lah jugak saya jumpa budak tu haisy. Sungguh lah tidak manis cara berpakaian-nya (hai eyza cakap orang je, kau tu manis ke? ehemm manis jugak :D) Yelah seperti yang semua sedia maklum kalau orang Melayu perempuan, pergi ke sekolah haruslah memakai baju kurung kan. Itu setakat yang saya faham di Malaysia ini lah, tak ada pula mendengar ada undang-undang dibenarkan memakai pinafore bagi Malays girl. Jadi kenapa lah ada segelintir yang menebalkan muka memakai nya?

Haa bagi yang tak kenal akan rupa pinafore, mari saya kenalkan. Inilah contohnya, cuma di Malaysia pinafore bagi murid di sekolah kerajaan berwarna biru tua. Memang lawakan? Patutlah ada yang teringin nak pakai (sesungguh saya juga teringin ;p) Tapi ini kan sekolah kerajaan, u should follow the rules and respect others sayang. Jadi kepada pihak yang berkenaan, tolonglah kembali memakai baju kurung anda. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda nampak lebih ayu dengan baju kurung (:

Itu di Malaysia. Tapi kalau kat luar negara, kita boleh nampak perbezaan uniform kita dengan negara lain punya. Contohnya, waktu cerita Upik Abu dan Laura ditayangkan, uniform yang dieorang pakai colour pinkkk! Wahh thats my favourite colour ever :D Memang nampak cun habis kan terutamanya bila si Cinta Laura pakai (promote weyh haha) Tadi bile tengah usha gambar Selena Gomez kat Yahoo! nampak pulak gambar ni. Yeah, she's very trendy! Thats why i chose her to be my favourite actress and rolemodel.



Wahh cun kan kan? Haha saya berani bertaruh yang ramai di antara kalian yang teringin pergi ke sekolah dengan baju sebegini bukan? Haha you wish, baju ni memang lawa, plus if you change the purple shirt with pinkk (again). Selena looks fabulous in this uniform! Gahh jelesjeless (:

Friday, January 22, 2010

Raptai RoadRun

Hari ni boleh dikatakan hari dalam SEJARAH kot, sebab hari ni aku lari ok. Dah lah dekat 5km lebih jarak dia, tapi syok. This time lah you boleh tahu, who's ur true friend *tiba-tiba je. Tapi betol lah, tadi haleeza, nuri, zulaikha and ziema semua tolong angkut beg camera aku. Dah lah beg tu berat. So masing-masing jalan saja tadi, the real one punya baru lari (haisy yeke eyza kau ni nak lari). So ni adalah sedikit gambar-gambar yang sempat kami amikk.


Ye muka aku dah merah sebab lari, time ni tak sampai 1km pun lagi, tapi gian tangkap gambar xD


Sorry tau gambar ni gelap sikit, so let me introduce you my fellow friends.
From left : Haleeza, Nuri, Aziemah, Zue, Mimi and Ain (my kak long)



Yee, kenalkan jiran-jiran sebelah rumah kami haha. Pergh AJ cun siot (: HAHA dia ni madu aku, shuh kim bum is entirely MINE <33



Qura yang semangatt yeah! 1Malaysia ok kiteorang maen game, yg baju merah Kar Mun, baju kuning Ker Way, dan yg cun tu Jing Yee. Belakang dari kiri Ira and Amalina.

*Yee setakat ni sahaja gambar yang sempat didownload ke blog. Sape nak gambar laen, tolong text aku.

Second part, semalam lepas lari Ckg Rohani buat games tau. Group yang dapat jawab soalan dengan betul dan cepat serta tepat dapat duitt! Group kiteorang dapat rm11 ke bape tah, lupe aku nak kire semalam. Tapi memang bestlah semalam, kiteorang nyanyi lagu Lucky Laki, Superman. Pergh gempak gile jeh kumpulan Ewin. Last but not least, semalam kan tetibe jeh aku minat lagu 'Aku rindu sayang kamu' nyanyian Black. Semuanye sebab Azimah asyik nyanyi lagu tu time nyanyi, sedap pulak eh haha. Enjoy the song!


Thursday, January 21, 2010

You must take a look at this (!)

Ok semua orang mesti pernah dengar dan tengok video, Wonder Girls yang Nobody tu. Tapi aku rase takde lagi kot followers kat page aku yang dah tengok video ni. So, enjoy yourself. Jangan ketawa macam pontianak yee! (: Oh my, he sure can imitate wondergirls. Btw, budak ni comel kan kan? Hehe.


Friday, January 15, 2010

Demam Rebut Kuasa (!)

Salam sejahtera, bertemu lagi kita dalam rancangan coret-menyoret Eyza Azman. Saya Karam Singh Walia dari TV3 melaporkan gosip hangat secara langsung dari SMK Puchong Utama (1). Seperti yang semua sedia maklum, setiap bermulanya tahun baru, semua mesyuarat AJK kokorikulum juga akan diadakan. Oleh itu, bersama saya pada hari ini ialah pelajar tip top tup sekolah ini iaitu Eyza Azman akan bercerita sedikit sebanyak tentang hari debar-debarann ini (aiceh ayat :D) Melangkah ke sekolah, masing-masing membawa hati yang dup dap dup dap serta reaksi wajah yg sukar ditafsir. Dalam hati ada yang 'aku hemsem mesti dpt undian tinggi, wah tinggi saham aku', 'aku kan pelajar kesayangan cikgu, mst dia bg jawatan punyaa!' serta ada yg menunjukkan wajah angkuh noli me tangere (Filipina) yg membawa maksud jangan sentuh daku (bangga Pn Fauziah, sejarah ni weii). Maksudnye muke yg ah confirm aku lah dpt jwtn haha. Perjumpaan yg pertama ialah unit beruniform. Dengan muka yg pucat tapi mulut yg becok, aku melangkah ke dewan terbuka. Fuhh jumlah ahlinya sangat-sangat memberangsangkan! Kerana kesuntukan waktu, ajk yg terpilih ialah ajk tahun lepas sahaja. Namun ada juga muka-muka baru budak form 3 and 4. Ketika ckg mengingatkan tentang pemakaian uniform lengkap pada setiap hari Khamis, daku terkenang pada baju uniform BSSM yg kini bersemadi di dalam almari baju. Baju itu hanya dipakai pada form 1 shj. Sungguh teruk kan? Hahah memandangkan tahun ini tahun terakhir, nak lah pakai tp kena pg kecik kan seluar dulu sbb seluar die bessarr (!) Nampak sangat kemalasan-ku disini apabila baju yg dibeli hanya diguna pakai 2-3 kali sejak 4 tahun lalu. Kite beredar ke 4P2 untuk perjumpaan sukan permainan. Ha disinilah bermulanye cerita aku! Bola tampar? Tak tau lah aku ni pandai maen ke tak, tapi suke-suke je masuk. Ahlinya punn sangat lah sedikit iaitu 21. Undian dimulaii! Ye saya terpilih menjadi Setiausaha. Terima kasih (: Zulaikha dapat AJK Ting 5, takpe jnj markah lebih dr ahli biasa kan. Puan Aidal dan Puan Normaizatul Azliza dgn semangat yg berkobar-kobar terus menyerahkan buku log dan pelbagai kertas untuk ku membuat kerja! Demi markah koko, ku redahi halangan ini hehe. Persatuan? Ha ni lagi 1 cerita, hari tu time tulis kat borang aku ikot Haleeza taw, masuk Komunikasi. Tapi last-last tadi aku terpacak kat SPBT (BOSS)! Tak harapkan ape-ape jawatan kat sini, sbb yelah freshie lg. Muka ahli lama mst terpilih kan. Tapi untung ayam nampak di kaki, untung manusia sapa yg tahu (jgn pki peribahasa ini, Eyza ni perosak bahasa) dengan undian lebih satu shj daripada Ira, aku dpt jawatan lagi! Setiausaha, lagyyy. Alhamdulillah, banyak kerja aku kan. Haha tapi kat SPBT ni bukan jawatan yg penting, tapi semangat individu tersebut untuk membuat kerja! Dengan ini, saya Nurul Ezzah Suzana bt Azman, berjanji akan seboleh-bolehnya menjalankan amanat yg telah diberikan. Demam rebut kuasa telah selesai, lepas ini demam AF pulak, eh Ezzah awak ni nak SPM sebok dgn AF haisy -_-'' Akhir kata, bersamalah kita memikul tanggungjawab yg telah diamanahkan dengan sebaiknya, jgn seperti mengharapkan pagar, pagar makan padi. Saya Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3. CUTT! Fulamak, ayat macam cool kan? :D Hehe.

Saturday, January 9, 2010

Semangat RoadRun & Perkara yg Sewaktu Dengan-nya

Haa tajuk dia ni menunjukkan macam aku ni budak sport kan? Hakikatnye TIDAK haha malahan aku ni adalah seorang pelajar yang koko-nye agak tidak menyerlah. Fuhh lega dapat terus terang -_-' Sempena dengan latihan road run yg bakal dijalankan pd 13 Januari ini, saya berazam untuk melibatkan diri sepenuhnye, no ponteng-ponteng. Lagi pun nak lah jugak kan menyumbang markah untuk rumah Syahbandar (Biru) Jangan salah fhm, bukan tak pernah menyumbang ape-ape tapi tahun ni nak lebih aktif. Lagipun time ni lah kan nak kurangkan berat bdn dr 43 to 40kg! Haha oleh itu awal pagi-pagi td saya telah mengajak abah dgn umi pg alamanda! Haha seluar track amik sampai 2. Tapi mcm tak cukup kan? Hah nanti nak kena beli lagi (Sorry abah sbb habiskan duit abah, tp setahun sekali jeh kan? Hehe) Pastu cari kasut sukan taw, ada colour pink hitam! Pergh menawan gile haha tp sayang beribu sayang takde saiz pulak :( Time ni lah rasa ada batu yg menghempap kepale ku. Size yang ada cume 3-5. Adoi aku pulak size 6 kan, nasib abah tau tau je aku obses dgn kasut tu, so die janji esok nak pergi IOI and Sunway cr kasut tu. Terima kasih abah (: Ha pastu td pergi Alamanda terserempak gn Bani (kecoh pulak aku ni kan aha) So dgn adanya kasut gn seluar baru (yang tiap tahun aku beli kan) harap tahun ni aku mampu lari mcm Superman haha kalau tak nanti buat segan jeh, tapi kena check dgn doctor dulu lah tengok sama ada boleh lari atau tak. Akhir kata, majulah sukan untuk negara - ehem ada macam PM tak? :D Oh yea, raptai road run bakal dijalankan pada 23Januari manakala acara yg sebenarnya dijadualkan berlangsung pada 29Januari. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai datang dan memberikan kerjasama. Lupe nak cakap, time tu nak bwk phone so that i can otp dgn Ahmad Fareez, ha boleh call abah kan kacau-kacau hehe. Dengar kate road run ni adalah dlm 2-3 km, omggg! Haha harap-harap lah aku mampu lari kan, amin. Dengan ini, saya ingin sertakan tips-tips berlari yg betol (rasenyelah, ni saya reka je. sbb cr kat internet takde pulak haisy) Harap tips ni berkesan :

1. Berlari secara konsisten dan kurangkan bercakap
2. Banyakkan meminum air masak supaya membantu penghadaman, sekiranya ada, minumlah mineral water (penutup botol warna hijau @ biru), ianya mengandungi oksigen. Manakala yg berpenutup putih ialah drinking water - sama taraf dgn air masak.
3. Sekiranya takod ketinggalan, bawaklah mp3 or handphone (ni lah yg saya akan buat memandangkan saya amat lemah dlm larian, dngr lagu sambil lari lebih seronok kot)
4. Dapatkan bantuan daripada ahli BSSM sekiranya anda mempunyai masalah atau mengalami kekejangan otot.
5. Selepas larian jangan terus duduk, sebaliknya berdirilah selama 5-10 minit dahulu.
6. Wajah yg dibanjiri peluh (agak cool kan ayat ni? haha) janganlah dibasuh kerana akan meninggalkan kesan yg dipanggil panau.

Friday, January 8, 2010

Tahun Baru 2010

Yea semua warga Malaysia, kite berjumpa lg dalam rancangan Tahun Baru 2010 yang diacarakan oleh saya Eksos Sangyong binti Jeman. (Ok aku tau ayat ni mcm pelik dan entah ape-ape, bace jelah. Bagi aku 5 minit jap untuk berangan jadi pengacara mcm Nurul Syuhada Nurul Ain tu, cewaahh :D) Hari ni 8Januari2010 saya nak bercerita tentang gelagat minggu pertama di sekolah. Sedar tak sedar dah seminggu kan sekolah. Hari pertama tu saya agak semangat untuk pergi sekolah, bangun pun dalam pkl 5.45. Yelah selalunye pkl 6 tapi tahun ni adik saya pun sekolah sesi pagi, so better saya bngn awal kan dr tngu die mandi selama berjam-jam. Hari pertama hujann! Haha mcm mana lah saya nak cari kawan suasana yg tak berapa terang, mcm merabe-rabe tanpa torch light (ehem bukan meraba orang oke) Tak ingat dah sape yg saya jumpa mule-mule skali tp yg ingat mimi rosnida lah! Hahah my classmates and orang kiri aku (maksudnye tahun ni die dudok tp saya dalam kelas, belah kiri. Last year belah kanan) Wahh jumpa jerit-jerit ye, harap maklum semua orang saya ni suke menjerit haha. Hampir kesemua classmates kiteorang org last year lah, cume ada dalam 6-7 orang budak dr science5. GUESS WHAT? My form teacher ialah Pn Ng Hong Yan guru yg same jd form teacher thn lps, OMG haha macam jodoh kuat je ni. So seperti biase adalah sesi perlantikan ketua tingkatan, penolong, bendahari, ketua keceriaan, ketua kesihatan and bla bla bla. Haha memandangkan tahun ni last year saya bersekolah so agak teringin nak jd ketua or penolong lah kan. Dah lah kak long dulu tiap tahun jd ketua or penolong. Jadi undian pun dibuat dan keputusan nya adalah :

Ketua Tingkatan: Jan Shen (ketua same mcm last year, tape saya tak kesah, die sangat bertanggungjawab!)
Penolong Ketua Tingkatan: Ehem-ehem saya haha, wahh thank you so much guys!
Bendahari: Haleeza Azwa (the same bendahari for last year!) (:
Setiausaha: Ira Idayu (tulisan die lawa siod, tu kot terpilih jd setiausaha)
Ketua Kebersihan: Zulaikha Zainal (ehem ganti tempat doraemon, harap thn ni bnyk menang award kelas terbersih, amin)
Ketua Keceriaan: Nordiyanah (welcome to science4 :D)

Korang ingat senang jd penolong? Pergh penat dibuli Jan Shen je, patut Adila tak volunteer thn ni kan Adila kan? So setakat ni guru-gurunya semua baek-baek, alhamdulillah. Cuma ckg math lah agak garang, harap dapat lah saya kejar die untuk ilmuuu! Tahun ni saya dah jarang lepak dgn rakan-rakan seperjuangan (mcm askar je) tahun lepas, bukan tak nak tp diaorang pun jarang tegor kan. Jmp pun time pg dgn time balik. BFF? Ok lah, tapi ada yg mcm tak layan saya padahal mase cuti asyik text (takpe eyza, sabar-sabar) Oh yeah! I baru teringat, tahun ni Ustazah Wan Yusnita mengajar belah pg, sayang die tak ajar kelas saya. Die baek even garangg! Tapi sekarang sekolah dah mcm senyap sejak geng sc2 & sc3 '09 dah takde, kalau tak geng tu lah paling kecoh kan. Tahun ni azam ku adalah untuk berubah, bukan menghindari rakan-rakan tetapi nak muhasabah diri (ok aku tau ayat ni skema huhu), tidak terlalu suke monteng-monteng (ye saya ni bukan baek sngt), nak belajar betol-betol. Lagi satu nak amalkan tips Ckg As'adah, maafkan semua orang sebelum kite tidur (rahsia awet muda katenye aicehh ahah) Saya tidak menafikan ada kawan yg mcm 'kawan tinggal kawan' sekarang ni tapi takpe, saya maafkan awak (: Saya harap lah awak berbahagia dengan kawan-kawan awak yg laen, i'm sorry it had to be this way. Minggu pertama ni ok cume ade lah dgn certain ppl yg saya tak puas hati, contohnye hari ini apabila borang diedar si Doraemon tak tulis taw, then time balik baru nak kejar saya! OH my, dah lah tulisan agak tak lawa (sorry tp realiti) nanti yang kena mrh saya jugak kan dgn Pn Ng. Pastu suke die je nak hentak tgn-tgn die kat meja saya, adoi saya tahu anda kuat dan bertenaga, but pls save ur energy! Tolonglah mudah kan tugas saya laen kali - harap maklum. Hari tu jugak time PJK Pn Rozainah timbang berat semua murid taw, saya macam 'ya allah dah lah time cuti aku melantak banyak tolonglah jgn lebih 45kg (ye tu berat saya thn lepas)' tapi tup-tup taraaa! Rupenye berat saya 43kg dgn ketinggian 160cm. Ikod BMI memang lah hampir je diriku ini tidak normal tp saya tetap mau menurunkan berat badan! Sebabnye Nik Nor Ishahani berat kurang 3kg dari kuuu! -_-' Kenapa lah anda begitu kurus dan ringan? Oh a'ah terlepas lagi satu azam saya td, tahun ni saya nak aktif dari segi kokorikulum sbb markah sy stkt ni sikit je, adoi macam mana nak mohon IPTA kan. So, ada je ape-ape competition yang tidak melibatkan menyanyi dan menari, saya nak join! Harap-harap tahun ni markah koko lebihh memberangsangkan, AMIN.


Ehem ada orang comment kat myspace muka saya mcm Diana Danielle! Haha agak lawak doh, padahal tengok takde part yang same pun. Tapi terima kasih saya tetap berbangga anda akan ingat akan saya apabila melihat Diana ni. XOXO.