Hari ni kan beberapa kali lah jugak saya jumpa budak tu haisy. Sungguh lah tidak manis cara berpakaian-nya (hai eyza cakap orang je, kau tu manis ke? ehemm manis jugak :D) Yelah seperti yang semua sedia maklum kalau orang Melayu perempuan, pergi ke sekolah haruslah memakai baju kurung kan. Itu setakat yang saya faham di Malaysia ini lah, tak ada pula mendengar ada undang-undang dibenarkan memakai pinafore bagi Malays girl. Jadi kenapa lah ada segelintir yang menebalkan muka memakai nya?
Haa bagi yang tak kenal akan rupa pinafore, mari saya kenalkan. Inilah contohnya, cuma di Malaysia pinafore bagi murid di sekolah kerajaan berwarna biru tua. Memang lawakan? Patutlah ada yang teringin nak pakai (sesungguh saya juga teringin ;p) Tapi ini kan sekolah kerajaan, u should follow the rules and respect others sayang. Jadi kepada pihak yang berkenaan, tolonglah kembali memakai baju kurung anda. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda nampak lebih ayu dengan baju kurung (:Itu di Malaysia. Tapi kalau kat luar negara, kita boleh nampak perbezaan uniform kita dengan negara lain punya. Contohnya, waktu cerita Upik Abu dan Laura ditayangkan, uniform yang dieorang pakai colour pinkkk! Wahh thats my favourite colour ever :D Memang nampak cun habis kan terutamanya bila si Cinta Laura pakai (promote weyh haha) Tadi bile tengah usha gambar Selena Gomez kat Yahoo! nampak pulak gambar ni. Yeah, she's very trendy! Thats why i chose her to be my favourite actress and rolemodel.


0 comments:
Post a Comment