Salam sejahtera, bertemu lagi kita dalam rancangan coret-menyoret Eyza Azman. Saya Karam Singh Walia dari TV3 melaporkan gosip hangat secara langsung dari SMK Puchong Utama (1). Seperti yang semua sedia maklum, setiap bermulanya tahun baru, semua mesyuarat AJK kokorikulum juga akan diadakan. Oleh itu, bersama saya pada hari ini ialah pelajar tip top tup sekolah ini iaitu Eyza Azman akan bercerita sedikit sebanyak tentang hari debar-debarann ini (aiceh ayat :D) Melangkah ke sekolah, masing-masing membawa hati yang dup dap dup dap serta reaksi wajah yg sukar ditafsir. Dalam hati ada yang 'aku hemsem mesti dpt undian tinggi, wah tinggi saham aku', 'aku kan pelajar kesayangan cikgu, mst dia bg jawatan punyaa!' serta ada yg menunjukkan wajah angkuh noli me tangere (Filipina) yg membawa maksud jangan sentuh daku (bangga Pn Fauziah, sejarah ni weii). Maksudnye muke yg ah confirm aku lah dpt jwtn haha. Perjumpaan yg pertama ialah unit beruniform. Dengan muka yg pucat tapi mulut yg becok, aku melangkah ke dewan terbuka. Fuhh jumlah ahlinya sangat-sangat memberangsangkan! Kerana kesuntukan waktu, ajk yg terpilih ialah ajk tahun lepas sahaja. Namun ada juga muka-muka baru budak form 3 and 4. Ketika ckg mengingatkan tentang pemakaian uniform lengkap pada setiap hari Khamis, daku terkenang pada baju uniform BSSM yg kini bersemadi di dalam almari baju. Baju itu hanya dipakai pada form 1 shj. Sungguh teruk kan? Hahah memandangkan tahun ini tahun terakhir, nak lah pakai tp kena pg kecik kan seluar dulu sbb seluar die bessarr (!) Nampak sangat kemalasan-ku disini apabila baju yg dibeli hanya diguna pakai 2-3 kali sejak 4 tahun lalu. Kite beredar ke 4P2 untuk perjumpaan sukan permainan. Ha disinilah bermulanye cerita aku! Bola tampar? Tak tau lah aku ni pandai maen ke tak, tapi suke-suke je masuk. Ahlinya punn sangat lah sedikit iaitu 21. Undian dimulaii! Ye saya terpilih menjadi Setiausaha. Terima kasih (: Zulaikha dapat AJK Ting 5, takpe jnj markah lebih dr ahli biasa kan. Puan Aidal dan Puan Normaizatul Azliza dgn semangat yg berkobar-kobar terus menyerahkan buku log dan pelbagai kertas untuk ku membuat kerja! Demi markah koko, ku redahi halangan ini hehe. Persatuan? Ha ni lagi 1 cerita, hari tu time tulis kat borang aku ikot Haleeza taw, masuk Komunikasi. Tapi last-last tadi aku terpacak kat SPBT (BOSS)! Tak harapkan ape-ape jawatan kat sini, sbb yelah freshie lg. Muka ahli lama mst terpilih kan. Tapi untung ayam nampak di kaki, untung manusia sapa yg tahu (jgn pki peribahasa ini, Eyza ni perosak bahasa) dengan undian lebih satu shj daripada Ira, aku dpt jawatan lagi! Setiausaha, lagyyy. Alhamdulillah, banyak kerja aku kan. Haha tapi kat SPBT ni bukan jawatan yg penting, tapi semangat individu tersebut untuk membuat kerja! Dengan ini, saya Nurul Ezzah Suzana bt Azman, berjanji akan seboleh-bolehnya menjalankan amanat yg telah diberikan. Demam rebut kuasa telah selesai, lepas ini demam AF pulak, eh Ezzah awak ni nak SPM sebok dgn AF haisy -_-'' Akhir kata, bersamalah kita memikul tanggungjawab yg telah diamanahkan dengan sebaiknya, jgn seperti mengharapkan pagar, pagar makan padi. Saya Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3. CUTT! Fulamak, ayat macam cool kan? :D Hehe.
Friday, January 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment