Wahai kerajaan Malaysia yang baik hati serta bertimbang rasa, saya dengan ini memohon dengan perasaan rendah diri (walaupun saya tinggi aiceh -.-), jangan lah pilih saya untuk menyertai PLKN sesi 2011. Saya tahu program ini amat berguna, memberi peluang kepada saya untuk jadi lebih tough dan bersifat waja aiceh! Tapi saya ni jenis lemah dan memang takmau berubah, nak buat macam mana? Kalau nanti saya pergi pun, saya jamin saya akan menangis tiap hari sampai orang disana taktau nak buat ape dengan saya. Dahlah kakak saya tak dapat pergi, jadi kemungkinan besar saya akan terpilih. Kenapa ini terjadi? Hah, tak pun awak pilihlah adek saya, dia lagi 2 tahun je nak habis sekolah. Dia nak sangat pergi, saya pun nak die pergi agar rumah kami lebih aman tenteram serta aman damai. Jadi pilih dia!
Di sini, saya sertakan sebab-sebab kenapa saya takmau pergi PLKN. Sebab die mudah difahami, dihayati dan dinikmati huyoo ;p Yang pertama, oleh kerana sering dimanjakan serta dibelai sejak kecil, sifat ini sudah sebati dengan diri saya yakni kalau saya kena buat kerja keras di sana, saya akan merungut serta marah-marah orang. Lepas tu, siapa nak basuh baju-baju saya? Unless we're allowed to bring our own bibik, thats gonna be fun! Haha. Pastu nanti pas SPM saya nak cari kerja, baru first time nak kerja ni, sebelum ni abah tak bagi. Kalau saya pergi bila masa saya nak berdikari @ beli kari masak sendiri? Pastu saya punya keinginan nak amik lesen memandu kereta, motor dan lori HAHA. Bab lori tu agak melampau lah, tapi memang saya nak try jugak (cite gebang je saya ni) :D
Sejak dari kecik juga saya disahkan menghidapi lemah semangat haha. Kalau road run kan, mesti saya mula-mula je lari laju macam harimau, dan 3 minit kemudian anda akan temui saya terdampar di tepi jalan mengipas diri serta merungut dan bersungut. Larian saya yang selebihnya layak dipanggil berjalan laju kerana saya amat tak larat. Pastu kan selera makan saya pelik tau, saya makan banyak hanya apabila stres. Misalan hari ni, sebab stres Acap cakap senarai PLKN dah keluar, saya beli 4 keping sandwic sardin serta 1 cawan magee ayam. Pastu minum Milo lagi. Ya ampun tak pernah lagi saya jadi pelahap macam ni.
Malam-malam saya suka orang bacakan bedtime story. Tapi sekarang pun dah tak ada, orang tu dah tak sudi. Jadi tiap malam saya dengar lagu Menjaga Hati. Sighed. Jadi saya kat sana nanti, siapa sudi nyanyikan lagu untuk saya? Nanti macam mana kalau saya rindu kat kedai H2O yang ada kat Sunway tu? Haha. Eh, kite boleh balik ke kalau pergi PLKN? *Konfius. Kalau takmau pergi kite kena masuk penjara ke? :(
Jadi atas alasan yang saya bagi kat atas, kamu semua yang membaca mesti geleng-geleng kepala cakap 'Ish3 budak ni manja gedik getil sungguh' Kan? Haha. Tapi jangan lah sampai nyanyi lagu Angguk-angguk Geleng-geleng. Usah pening kepala di kemudian hari, amik lah langkah berjaga-jaga sekarang ini - JANGAN PILIH SAYA UNTUK PLKN SESI 2011! Senang kan? (:

0 comments:
Post a Comment