Bagi para penggemar buku Ain Maisarah, peluang yang jarang ada janganlah dilepaskan begitu sahaja. Berpusu-pusu orang datang ke PWTC untuk membeli, melihat, menengok dan ayat saya paling suka iaitu MEMBORONG buku. Haha hari ni kiteorang bertolak dari rumah dalam pukul 1030 pagi. Abah je bawak, sebab my mum pergi kursus umrah kat masjid Puchong Perdana. So hari ni Adilla, Salina and I, abah lah jaga.
Nak cari tempat parking pun susah, pagi-pagi ramai yang datang. Ada jugak yang datang mengikut rombongan sekolah. Masing-masing bawak beg pack, haa ni mesti kes nak memborongg banyak-banyak. Kiteorang takde mase nak mengusung beg, beli pegang kat tangan jelah. Destinasi utama tentulah Rumah Pink Ain Maisarah di Hall 3. Time kiteorang sampai tak ramai lagi, so memang dapat tengok puas-puas. Ain Maisarah cun gile cun. Hahh bagi yang tak percaya, lantak lah haha. Kejap lagi upload gambar Ain Maisarah, jadi tengok tau! Paling menjadi kegilaan ramai ialah kotak hitam The Wannababes! NAK BELI, tapi Salina dah beli so malas lah haha. Tapee, next time ada lagi, beli lagi. Buku terbaru Ain Maisarah yang saya beli tadi ada 2, Aku Mahu SuperBibik, ha bagus lah tajuk tu, kena dengan keadaan I yang sekarang amat memerlukan bibik :( Lagi satu ialah Projek Diet Ain Maisarah. Bagi setiap pembelian buku-buku, setiap orang berpeluang membuat cabutan bertuah. Setiap ang pow pink Ain Maisarah, mesti ada ganjaran, takde sampul kosong yee (: I dapat cabut 3 ang pow pink, dapat 2 novel comel dengan buku latihan serta pen SSB. Ang pow gile lawa, pink pink dan pinkkk - siap ada gambar Kak Ain. Ohh ya Salina dapat cabut 2 je, padahal die beli gile banyak haha. Thanks to Abah yang menyumbang $$$ untuk kiteorang, duit baki abah suruh simpan, aww (: Setiap buku yang I beli tadi, Kak Ain sign weehh (': Terharu yang amat, dapat sign kak Ain yang ada bunga.
Kak Ain Maisarah, menulis beribu-ribu perkataann (:
Kak Ain Maisarah, menulis beribu-ribu perkataann (:
Set The Wannababes yang dimiliki oleh Salina - mencuri tumpuan Impiana III. *Semua buku yang Salina beli dalam box ni, I beli gak, cume tak beli secara set lah, beli asing-asing (: Satu set ini berharga RM50.
Ini lah buku yang paling syok hari ni, sesuai dengan kiteorang yang menunggu bibik baru - dia datang dalam awal bulan 5. Kami mahu superbibikkkk! Haha over-over pulakk ;p
Lepas tu kiteorang pergi booth Karangkraf, cari novel Alaf 21. Yang bestnya, beli kat sini, ada discount, beli kat MPH mana ada dicount wehh. In addition, kite orang cari bahan bacaan untuk Adilla yang setia mendampingi kiteorang tanpa merungut mahu pun menangis. Perkataan lapar pun dia tak cakap haha. Kiteorang belikan dia majalah Sayang Muslim. Abah beli majalah Solusi, majalah agama dengan apetahh.
Sekian sahaja coretan pada kali ini. Bertambah busylah saya nak bace buku, yahoo ! :D




0 comments:
Post a Comment